Assalamualaikum~
Dari petang semalam sehingga saat ini,aku bertanya kepada diri ini antara cinta dan cita-cita apa yang menjadi pilihan?
Cinta?perasaan semula jadi yang tuhan ciptakan dalam diri manusia.Ada antara kita bertanggapan cinta itu hanya untuk kekasih seperti teman lelaki atau teman perempuan sahaja.Cuba buka minda dengan lebih luas,bukankah kita juga menyintai Rasulullah s.a.w,ibu bapa dan menyintai sahabat sekeliling kita.
Cita-cita?Mengejar impian menjadikan kita seorang yang sentiasa berusaha untuk mendapat apa kita impikan.Apakah salah untuk mempunyai impian?Sedangkan impian membuatkan kita mempunyai alasan untuk hidup keesokan harinya.Tapi apa gunanya impian tanpa usaha yang setanding dengannya?Apakah cukup dengan bermimpi kita akan dapat apa yang kita hajatkan selama ini?
Apa pilihan aku sekarang?Adakah aku akan mengecewakan kedua ibu bapa yang membesarkan aku dari kecil dengan memilih cinta yang belum tentu membawa bahagia?Dan adakah aku akan mengabaikan perasaan hati ini?Aku tahu tanggungjawab sebagai pelajar perubatan memang susah dan tidak sepatutnya aku memandang ringan beban yang aku galas ini.Nyawa manusia aku pertaruhkan,silap langkah aku akan menanggung ke akhirat kelak.
Tapi cinta membuatkan aku jauh dari dunia yang aku sedang alami sekarang.Amat mengasyikkan apabila kita tahu ada seseorang sedang merindui kita.Melayar impian berkongsi perasaan yang di alami.Aku pernah kecundang kerana cinta.Perit dan kepahitan memang tidak setanding dengan kemanisan semasa bercinta.Mengapa?Adakah aku ini tidak lengkap yang kau cari selama ini?Apakah kau yakin pengganti aku itu setia,ikhlas mencintai dan menyayangi kau?Sukar aku untuk percaya kau sanggup berdusta pada insan yang lama menyinta kau separuh nyawa.Bagaimana terjadi apabila kekasih hati bisa meranapkan hati ini.Cita-cita aku abaikan kerana sakit dan keperitan dari cinta mengabur pendirian aku sebagai manusia.
Segala pertimbangan jauh dari akal yang waras.Adakah aku patut mengabaikan cita-cita ini yang sentiasa memberi harapan dan tidak akan mengabaikan aku?Aku menguatkan semangat dan perteguhkan kaki ini untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.Mengajar aku bahawa cinta itu hanya perasaan yang sementara yang boleh datang dan pergi,tapi cita-cita yang pergi tidak akan datang selamanya.
Kini cinta datang lagi dengan janji manis baru dan cita-cita yang aku sedang berusaha untuk tunaikan menjadi lebih sukar.Aku tahu tuhan sedang menguji aku sekali lagi.Apakah aku layak mendapat cita-cita yang aku impi dan usahakan selama ini sedangkan cinta mekar dalam hati ini?
Berikanlah aku petunjuk ya Allah,jika benar cinta itu adalah milik aku,Kau semaikanlah rasa tenang dalam hati ini.Dan jika cinta itu bukan milik aku,Kau hilangkanlah perasaan cinta ini.Biarlah aku sentiasa kuat untuk menghadapi segala ujian dan dugaan Mu ya Allah.Supaya cita-cita itu sentiasa dalam genggaman aku
Amiiin~
Rabu, 2009 November 04
Antara cinta dan cita-cita
Jumaat, 2009 Julai 17
Mencari mentari di ufuk senja 3
Angin pantai menampar lembut muka Aisyah. Terasa tenang hatinya melihat kejadian ciptaan Allah di bumi para anbia ini. Bunyi ombak menghempas pantai seolah-olah berzikir serta memuji Maha Pencipta. Subhanallah!!! Sempat lagi Aisyah memuji di dalam hatinya kebesaran Allah,tuhan yang telah memberinya kesempatan lagi untuk bernafas. Terbayang dosanya dahulu,satu persatu bermain di hadapan matanya...Ya! Dia mengaku dulu dia mencintai hamba Allah lebih dari penciptanya. Berpegangan tangan ketika keluar bersama,berpelukan di depan khalayak ramai. Tapi sebentar sahaja,Iz telah pergi meninggalkan dia. Menyentakkan Aisyah dari tidur yang lena. Dia telah jauh dari jalan yang lurus.
"Kau tak nak mandi ke Aisyah? Jomlah join!!!",Has mengajak. Bersungguh benar dia memujuk Aisyah yang sedang leka bermain dengan pasir pantai yang halus dengan jari-jemarinya. Nak buat apa? Istana pasir ke?
"Kejap lagi aku mandi. Kalau aku mandi sekali ngan korang siapa nak jaga barang ni?",pujuk Aisyah sambil menunjukkan barang-barang kepunyaan rakannya yang bertimbun.
"Owh,ok!",jawab Has pendek lalu meluru ke pantai.
Aisyah tersenyum. Dia memang tidak bercadang untuk membasahkan dirinya pada hari itu. Cukuplah sekadar merasai bayu laut pada pagi itu. Sedang leka dia memerhatikan rakan-rakannya dari jauh,telefon bimbitnya berbunyi. Mesej dari Iman.
Ble nk blek Zagzig?
Xtau lg,npe?,Aisyah menaip papan kekunci telefon bimbitnya. Terasa pelik menyelubungi diri. Rasanya mesyuarat USMB hari itu sudah berjalan dengan lancar.
Ana nk enti rgka semula krtas keje yg enti bg ari tu,cam de yg plik..bgtau scpt mgkin ye..syukran..
Baik,hanya itu sahaja yang mampu Aisyah balas selaku setiausaha. Kemahuan ketuanya harus dipenuhi.
Aisyah memandang ke arah langit biru yang tanpa awan. Tersenyum kembali. Sekurangnya dia belajar dari jatuh,memang dulu dia tersungkur tapi dia tidak terlewat.
Dicatat oleh Cahaya yang Mulia di 09:05 0 ulasan
Label: Tinta hitam
Selasa, 2009 Mei 05
Tiada kata secantik bahasa
Assalamualaikum..
Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur untuk terus berusaha beribadah dan berjihad di jalanNya. Masa yang terus berlalu di arus kemodenan dunia yang semakin sempit terhadap tutur kata yang indah. Hendak dijadikan cerita saya bersama-sama teman seperjuangan telah terbuka youtube yang telah dilink kan melalui yahoo messenger(ym). Kami hampir tergelak dengan video yang terpapar,video gurindam jiwa kami saksikan. Namun perasaan lucu itu mulai hilang apabila tiap bait kata yang didengari amat sedap di cuping telinga kami. Bahasa yang indah dengan makna yang penuh mendalam menusuk kalbu.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Kalau tuan mudik ke hulu,
Carikan saya bunga kemboja;
Kalau tuan mati dahulu,
Nantikan saya di pintu syurga.
Sesudah itu kami klik pula lagu seniman agung negara Allahyarham Tan Sri P. Rammlee. Lagu petikan dari Anakku Sazali iaitu Tiada kata secantik bahasa. Sungguh menyentuh hati mendengar bait yang terlafaz. Sungguh indah bahasanya.
Tiada kata secantik bahasa
Untukku puji adinda
Tiada gambar secantik lukisan
Nak ku tunjukkan perasaan
Rasa hati kami tidak puas lagi mendengar,kami beralih pula kepada lagu Itulah sayang. Rasa seronok mendengar. Hilang segala tekanan belajar pada hari itu. Sudah lama telinga tidak mendengar lagu yang mendendangkan jiwa.
Tanya sama hati
Apa asal sayang
Apakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda
Hubungan mesra
Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan
Itulah sayang
Memang Melayu kaya dengan bahasa yang bersopan santun dengan nilai yang tinggi untuk dikirakan. Sememangnya khazanah ini sudah lama ditinggalkan oleh anak muda generasi kini yang lebih mencari khazanah yang belum tentu tulen dipandangan mata kasar. Mereka bagaikan mencari kaca yang selerak bertaburan daripada intan dan permata. Bahasa melambangkan jiwa bangsa kita. Siapalah kita tanpa bahasa yang telah diwariskan kepada untuk kita pertahankan dan kita simpan dari pupus di telan zaman.
Dicatat oleh Cahaya yang Mulia di 01:06 0 ulasan
Label: nukilan dari hati
Sabtu, 2009 Mei 02
Mencari mentari di ufuk senja 2
Kenapa kau hadir lagi dalam hidup aku kalau aku bukan pilihan kau? Sedangkan aku tahu kau sedang gembira dengan dia. Ya Allah,aku mahu cinta aku ini hanya untuk kau. Aku tidak mahu lagi kasih sayang aku pada manusia melebihi cinta aku pada kau. Perkenankanlah ya Allah!!! Amiin. Aku meneliti kehidupan baru yang aku tempuhi hari demi hari yang makin sukar. Rasa seperti semakin aku memilih jalan yang mendekatkan diri kepada Maha Pencipta semakin kuat ujian yang menduga. Adakah kau mengatakan kau beriman sedangkan kau belum diuji? Ya Allah kuatkan hati aku.
Aisyah menutup buku physiologynya. Entah untuk ke berapa kali dia menutup dan membuka kembali buku itu. Terasa seperti otaknya sudah tepu dengan maklumat yang baru dia peroleh sebentar tadi. Sebenarnya tumpuannya bukan lagi pada buku tapi pada sms yang baru diterimanya setengah jam yang lepas. Fokus Aisyah!
"Kenapa tak nak balas sms Iz? Tak sudi jadi kawan Iz ke?",sayu saja kedengaran suara Faiz dalam talian semalam.
"Aisyah! Iman tanya kau bila nak pulangkan buku dia yang aura tu?",kedengaran suara Lina mematikan lamunan.
"InsyaAllah esok!",Aisyah membalas. Pelik pula perasaannya. Baru sehari lepas dia meminjam buku aura itu dari Iman.
Haiii!!!! Iman ni biar betul.
Di suatu sudut,Lina dan Has cuma tersenyum. Kenapalah tak faham-faham lagi?
"Nak kena bagi hint lebih sikit ni!",Has tersenyum lagi.
Dicatat oleh Cahaya yang Mulia di 09:15 0 ulasan
Label: Tinta hitam
Sinar Syahadah 3
Aina melihat tempat duduk Janet yang kosong. Sayu hatinya. Mungkinkah Janet terasa hati dengan jawapannya tempoh hari? Sudah 3 hari. Janet tidak hadir ke sekolah. Rasa bersalah menyelubungi diri.
"Kau dah telefon Janet? Tanya khabar? Mana tau sakit",Mariam bertanya.
Dia faham perasaan Aina ketika itu. Dia juga merasai perasaan yang sama seperti Aina. Aina hanya menggeleng lesu.
"Jom kita lawat dia hari ni nak tak?",Mariam mengemukakan cadangan kepada rakan-rakannya.
"Aku pergi ambil alamat dia kat HEP",Syidah segera berlalu ke bilik guru.
"Aku rasa bersalah sangat bagi jawapan tu kat dia. Tak sepatutnya aku cakap macam tu",Aina meraup mukanya.
"Tak payahlah kau sedih,nanti kau jelaskanlah segalanya kat dia. Bagi dia faham",Mariam memeluk erat teman seperjuangannya. Terasa ukhuwah yang terbina tidak sia-sia.
Kelihatan Janet di ruang tamu yang sudah sedia maklum akan ketibaan rakan-rakannya.
"Kamu seorang saja kat rumah?"Aina bertanya.
Janet mengangguk.
"Papa dan mama saya ke Australia,lawat saudara".
Kamu anak tunggalkah?",kini giliran Syidah pula yang bertanya. Memang terlalu sunyi keadaan rumah yang indah. Terasa bersyukur mempunyai adik-beradik yang ramai. Alhamdulillah.
"Saya ada seorang abang,tapi papa dan mama dah lama halau dia keluar. Masa itu saya berumur 13 tahun. Sampai sekarang saya masih tak tahu kenapa",keluh Janet kedengaran berat. Teringat peristiwa 2 tahun lalu.
Kedengaran hujan lebat beserta petir sabung-menyabung seakan-akan mempunyai perasaan yang sama dengan Mr. dan Mrs. Soo.
"You ungrateful child! How dare you disgrace your own family?",beg pakaian Alex dicampak keluar pintu. Mrs Soo terasa jijik ingin memandang anak lelakinya itu. Anak yang sepatutnya menjadi kebanggaan dia dan suaminya.
"Don't you ever step your foot in this house again. I never had an ungrateful child like you!",kini giliran Mr. Soo memarahi anak terunanya itu. Terasa malu dimukanya masih bersisa lagi apabila mendapat berita tentang Alex melalui rakan bisnesnya.Sungguh memalukan! Waktu itu mukanya memang tidak dapat disorokkan lagi.
"Mama,papa please listen!",kedengaran suara Alex dari luar pintu.
Tidak lama kemudian,tiada lagi kedengaran suara Alex yang telah membawa diri di tengah hujan lebat yang setia menemani dirinya.
Dicatat oleh Cahaya yang Mulia di 07:35 0 ulasan
Label: Tinta hitam
Isnin, 2009 April 20
Sinar Syahadah 2
Janet terbangun dari tidurnya. Masih jelas mimpi yang dialaminya sebentar tadi. Dia dan Aina berada di tempat yang tenang tanpa gangguan. Perasaan yang dialaminya sangat gembira. Seolah-olah dia telah berjaya memenangi perjuangan yang sangat sengit dalam hidupnya. Dia mencapai gambar yang berada di meja kecil bersebelahan katilnya. Terpapar gambarnya bersama Aina,Syidah dan Mariam. Dia amat menyayangi persahabatan ini. Terlalu perit untuk kehilangannya.
Teringat peristiwa petang tadi. Dia ,Aina,Syidah dan Mariam baru balik dari aktiviti sekolah. Dia terasa malas mahu segera pulang. Bukan ada sesiapa di rumah.
"Jom,kita pergi Selayang Mall!",cadang Janet bersahaja. Dia benar-benar mengharapkan kawan-kawannya setuju dengan cadangan tadi.
"Tak bolehlah Janet. Saya dengan Mariam ada kelas Arab petang ni",jawab Syidah sambil diikuti anggukan kecil dari Mariam.
Janet segera mendapatkan Aina yang sedang membeli makanan untuk di bawa balik ke rumah.
“Kamu pula Aina, bagaimana?”,ada sinar harapan agar Aina dapat menemankan dia ke Selayang Mall.
“Tak boleh. Saya ada pengajian Islam hari ni. Lagipun saya kena balik rumah awal. Siapa yang nak jaga adik-adik saya kat rumah nanti. Lain kali aje ye”,Aina menjawab lembut seakan memujuk Janet yang kecewa mendengar jawapan penolakan tadi.
“Aina,Syidah! Semoga kita kekal jadi sahabat sampai ke syurga nanti!”,jerit Mariam dari jauh sambil melambai-lambaikan tangannya.
“InsyaAllah!”,jawab Syidah dan Aina hampir serentak.
“Aku balik dululah Aina,bas aku pun dah sampai.Assalamu’alaikum.”
“Waalaikumussalam.”,jawab Aina sambil matanya mengiringi langkah kawannya dari jauh.
“Saya juga kawan kamu di syurga nanti kan?”Tanya Janet ingin tahu. Dia juga ingin menjadi teman Aina di syurga nanti. Bergembira bersama tanpa memikirkan masalah yang ada di sekeliling.
Pertanyaan Janet itu Aina hanya mampu menggelengkan kepala sambil tersenyum. Tapi kelihatan ada perasaan sedih di sinar matanya yang kuyu itu.
“Kenapa?”Janet bertanya lagi,tidak puas hatinya dengan jawapan yang diberikan Aina tadi.
Aina menarik nafas yang dalam seolah-olah mengumpul kekuatan. Lama Aina mendiamkan diri mencari jawapan yang sesuai untuk persoalan Janet.
“Sebab…”,terasa kerongkongnya tersekat. Tidak mampu meneruskan kata-katanya.
“Sebab agama kamu dan kami berbeza”,Aina mengeluarkan keluhan yang berat. Ya, memang itulah hakikat yang perlu Janet hadapi.
Suasana menjadi senyap yang kedengaran hanyalah bunyi angin yang bertiup lembut. Janet tidak mampu memandang wajah Aina lagi. Dia berlalu pergi menghiraukan Aina yang memanggil namanya bertalu-talu. Sedih sekali perasaannya.
Dicatat oleh Cahaya yang Mulia di 03:45 1 ulasan
Label: Tinta hitam
Selasa, 2009 April 14
Sinar Syahadah
"Kring!",loceng sekolah berbunyi menandakan perhimpunan pagi Isnin itu akan bermula sebentar lagi. Semua pelajar SMK. St. Mary berasak-asak menuju ke tapak perhimpunan,masing-masing takut didenda oleh pengawas yang bertugas pada hari itu.
Tiba-tiba seorang pelajar jatuh ketika berasakan ke tapak ke tapak perhimpunan. Kakinya terseliuh. Dengan pantas Aina memapah pelajar itu ke bangku yang berdekatan.
"Tu lah! Lain kali jangan lari",bebel Aina sambil mengurut kaki pelajar itu.
"Sakit lagi?",ada nada risau dalam pertanyaan itu.
Pelajar itu menggeleng sambil cuba untuk berdiri.
"Terima kasih kak Aina!",berlalu sambil melemparkan senyuman.
"Jangan lari!"Aina menjerit apabila melihat pelajar itu berlari ke tapak perhimpunan. Aina melepaskan keluhan sambil menggelengkan kepala. Degil betul! Rungut hatinya.
Aina tidak menyangka gerak - gerinya diperhatikan oleh seseorang dari jauh. Dia menghampiri Aina yang masih berdiri melihat pelajar yang jatuh tadi dari jauh. Dia menguatkan diri untuk memperkenalkan dirinya.
"Hai,saya Janet! Pelajar baru di sini!"Menghulurkan salam perkenalan. Aina yang agak terkejut tetap menyambut tangan Janet.
"Saya Aina. Kamu tingkatan berapa? Kelas apa? Boleh saya bawa kamu ke sana",Aina menghulurkan bantuan.
"Ermm,3... 3F",sambil melihat kertas pendaftaran yang tertera maklumat dan jadual kelas sepanjang tahun ini.
Aina membeliakkan matanya dan tersenyum. Terasa lucu dan terkejut dengan apa yang didengarnya sebentar tadi.
"Itu kelas saya!",Aina menjawab sambil mengukirkan senyuman di bibirnya.
Cantik! Puji Janet dalam hatinya. Dari situ jugalah dia memasang azam untuk menjadi kawan Aina sepanjang hayatnya. Dia akan setia dan sentiasa berada di sisi Aina pada waktu gembira dan susah. Itu sumpahnya!
Dicatat oleh Cahaya yang Mulia di 08:03 0 ulasan
Label: Tinta hitam


